Yamaha E01 bakal diuji di Malaysia, 6 fakta anda perlu tahu tentang skuter elektrik itu

1259

Memandangkan 85 peratus jualan Yamaha adalah rantau Asean, Malaysia menjadi satu daripada negara yang terpilih untuk melakukan ujian sebenar bagi skuter elektrik menerusi model E01.

Selain Malaysia, jentera itu akan diuji di beberapa negara lain membabitkan Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia dan Eropah.

Menariknya, Malaysia dikategorikan bersama Eropah sebagai kawasan di mana ujian motosikal itu dilakukan di lebuh raya. Yamaha E01 dijangka memulakan ujian mulai Julai ini.



E01 bakal dihasilkan di kilang utama Yamaha di Iwata, Jepun. Jentera itu mempunyai saiz yang sama seperti model semasa Yamaha NMax.

Skuter elektrik itu mampu memecut kelajuan maksimumnya sehingga100km/j dan boleh ditunggang sejauh 104km untuk sekali cas.

Ini perincian yang anda perlu tahu tentang E01 membabitkan:

  1. E01 akan dikuasakan oleh bateri litium-ion 4.9 kWh
  2. Motor elektrik menghasilkan 8.1kW (10.86hp) pada 5,000 rpm dan tork 30.2 Nm pada 1,950 rpm
  3. Mempunyai tiga mod membabitkan Power, Standard dan Eco
  4. Mempunyai mod undur 
  5. Tiga pilihan pengecasan seperti Fast Charger, Normal Charger dan Portable Charger
  6. Ciri bantuan penunggang terdiri daripada Kawalan Traksi dan Brek Pengecasan Semula

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here