Kos tol Jakarta ke Jogjakarta RM135, Malaysia (jarak sama) lebih murah

3270

Seperti mana Malaysia, Indonesia juga membenarkan rakyatnya pulang ke kampung tahun ini selepas dua tahun larangan balik lebaran. 

Justeru itu, disasarkan Yogyakarta dan Solo menjadi daerah yang bakal sesak teruk. Bagi memastikan kelancaran perjalanan dan lebih cepat tiba pengguna boleh memilih lebuhraya Trans Jawa.



Berikut harga tol yang dikenakan mengikut destinasi:

  • Jakarta-Cikampek (Japek): Rp20,000 (RM6)
  • Cikopo-Palimanan (Cipali): Rp119,000 (RM35.50)
  • Palimanan-Kanci (Palikanci): Rp12,500 (RM3.70)
  • Kanci-Pejagan: Rp29,500 (RM8.80)
  • Pejagan-Pemalang: Rp60,000 (RM17.90)
  • Pemalang-Batang: Rp45,000 (RM13.40)
  • Batang-Semarang: Rp86,000 (RM25.70)
  • Semarang ABC: Rp5,500 (RM1.60)
  • Semarang-Solo: Rp75,000 (RM22.40)

Harga tol ke Jogjakarta atau Solo itu adalah bagi kenderaan kelas 1 melibatkan kereta sedan, minibas, jip, trak pikap atau trak kecil dan bas.

Ketika ini pembayaran tol dilakukan secara elektronik dan pengguna perlu menambahnilai wang yang mencukupi agar perjalanan lancar. 

Secara total perjalanan dari Jakarta ke Jogjakarta atau Solo, pengguna perlu memastikan baki wang elektronik pada kad sebanyak Rp452,500 (RM135).

Berdasarkan carian di Google Maps, perjalanan dari Jakarta ke Yogyakarta tersebut sekitar 566km dengan pemanduan selama 7 jam 41 minit iaitu bersamaan jarak perjalanan Seremban ke Perlis.

Bagaimanapun, kos tol yang perlu dibayar di Malaysia di bawah RM100 yang mana lebih murah berbanding negara jiran berkenaan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here