Nombor plat AA8 dibeli pada harga RM41 juta

15146

Seorang pengguna baru saja membeli nombor pendaftaran kenderaan ‘AA8’ pada harga AS9.5 juta (RM41 juta) dalam acara lelongan amal di Dubai.

Nombor plat sangat mahal itu dijual pada lelongan ‘Most Noble Numbers’ untuk menyokong kempen One Billion Meals bagi menyediakan juadah kepada golongan memerlukan.



Di samping itu, beberapa nombor plat lain yang mendapat bidaan tinggi adalah F55 dan V66 pada harga AS1.08 juta (RM4.63 juta) dan Y66 yang dibida pada harga AS1.03 juta (RM4.43 juta).

Selain itu laporan Arab News menyatakan tetamu turut berpeluang membida nombor telefon unik yang mana 054  999 9999 meraih bidaan sebanyak AS1.4 juta (RM6 juta).

Kempen lelongan amal kedua akan diadakan minggu ini dan bakal meraih dana lebih banyak bagi kempen One Billion Meals. Lima nombor bakal menjadi rebutan termasuk 2, 11, 20, 99 dan 999.

UAE merupakan rumah kepada beberapa plat nombor paling mahal di dunia tetapi terdapat plat mahal lain yang ditemui di seluruh dunia.

Lewat tahun lalu, seorang ahli perniagaan California menyenaraikan plat ‘MM’ miliknya untuk dilelong melalui pasaran NFT OpenSea pada harga 5,888 Ethereum iaitu bersamaan dengan lebih AS24 juta (RM102 juta) dan ia belum dibeli.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here