CFMoto 450SR akan dilancarkan sewaktu MotoGP Sepang?

821

Adakah sekadar mimpi atau bakal jadi kenyataan?

Dikabarkan CFMoto akan melancarkan model Sportsbike kelas pertengahan iaitu 450SR pada bulan Oktober nanti. 

Model ini diperkenalkan pada bulan Mac lalu. Diawalnya model ini dibangunkan dari prototaip SR-C21.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pelancaran model ini akan dilakukan sewaktu berlangsungnya MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang(SIC) pada Oktober nanti.

CFMoto 450SR model SportsBike dibekalkan dengan enjin parallel – twin 449cc 270 darjah serta mempunyai keupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm.

Jelas dengan keupayaan tersebut, jentera CFMoto 450SR merupakan senarai terkini pesaing buat KTM RC390 dan Kawasaki Ninja 400.

Kami difahamkan jentera CFMoto 450SR telah diuji serta merekodkan kelajuan maksima 190km/j.

Antara ciri yang bakal menawan hati peminat Sportsbike negara kita yang terdapat pada model 450SR ialah rekaan sporty tampak agresif.

Ianya juga turut dibekalkan dengan ‘winglet’ sepertimana terdapat pada model prototaip SR-C21.

Model ini juga dijangka akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Namun sehingga artikel ini ditulis belum ada sebarang info dari CFMoto Malaysia tentang kehadiran jentera berkenaan.

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here