#Spyshot: Toyota Innova Zenix (2023) dikesan di Pelabuhan Utara, lancar Jun

1153

Toyota Kijang Innova Zenith dilancarkan di Indonesia penghujung tahun lalu atau lebih tepat pada bulan November.

Di negara jiran, MPV berkenaan lebih sinonim dengan nama Kijang manakala di Malaysia Innova. Generasi ketiga mengalami perubahan ketara berbanding sebelumnya.



Versi sebelumnya menggunakan casis IMV yang boleh dijumpai pada Hilux dan Fortuner dan kini menggunakan Toyota New Global Architecture (TNGA), khususnya platform GA-C.

BILA LANCAR DI MALAYSIA?

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa imej intip MPV tersebut sedang diangkut di atas treler di Pelabuhan Utara. Bilakah pelancaran Innova Zenith?.

Hasil risikan Motoqar, pasaran tempatan akan menggunakan nama Toyota Zenith bagi membezakan ia dengan Toyota Innova sedia ada di pasaran.

Pelancaran MPV berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat, bagaimanapun tarikh lebih tepat masih belum diketahui.

“Inshaallah masa terdekat, tak Jun, Julai,” kata sumber. 

BAWA MASUK VERSI PETROL 

Indonesia didatangkan dengan enjin petrol dan hibrid yang mana kedua-duanya ditawarkan dengan varian G dan V. 

Untuk pasaran Malaysia, difahamkan UMW Toyota Motor akan memperkenalkan versi petrol terlebih dahulu. 

“Launch petrol dahulu, hibrid TBC.”

JANAKUASA

Innova Zenith buat pertama kalinya menerima kuasa hibrid, terima kasih kepada platform TNGA.

Ia terdiri daripada enjin Dynamic Force – empat silinder aspirasi semula jadi M20A-FXS 2.0 liter dengan kuasa 152PS @ 6,000 rpm dan tork 187Nm @ 4,400-5,200rpm bersama kotak gear e-CVT.

Kemudian dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 113PS dan 205Nm dengan jumlah keseluruhan output sistem sebanyak 186PS.

Toyota menyatakan bateri nickel-metal hydride (Ni-MH) sesuai dengan cuaca panas di Indonesia, dan diletakkan di bawah dua tempat duduk depan supaya tidak mengambil ruang kabin belakang dan but.

Janakuasa petrol yang bakal diterima pasaran Malaysia pula menggunakan enjin M20A-FKS 2.0 liter yang menghasilkan kuasa 174PS @ 6,600rpm dan tork 20.9Nm @ 4,500-4,900rpm bersama transmisi CVT. 

HARGA

Berapakah harga Toyota Zenith apabila dilancarkan nanti?. Harga Toyota Innova sedia ada di Malaysia bermula daripada RM133,880. Justeru itu, harga jualan Toyota Zenith tidak jauh berbeza dengan tanda harga berkenaan. 

Sebagai perbandingan harga Toyota Kijang Innova Zenith di Indonesia adalah:

  • Varian petrol G: Rp 423 juta (RM 130,389)
  • Varian petrol V: Rp 471 juta (RM145,185) 
  • Varian hibrid G: Rp 464 juta (RM143, 027)
  • Varian hibrid V: Rp 528 juta (RM162, 755)

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here