Utama Berita Automotif Toyota perkenal GR Supra Edisi Ulang Tahun ke-45 (2024), terhad 900 unit

Toyota perkenal GR Supra Edisi Ulang Tahun ke-45 (2024), terhad 900 unit

646

Toyota memperkenalkan model terkini di bawah rangkaian produk berprestasi Gazoo Racing (GR) iaitu GR Supra Edisi Ulang Tahun ke-45.

Hanya terhad 900 unit, pengenalan versi tersebut bagi memperingati kemunculan generasi pertama Mark I Supra pada 1979 di Amerika.



Kereta sport itu ditawarkan dalam warna badan edisi khas Mikan Blast (“mikan” perkataan Jepun bermaksud oren).

GR Supra Edisi Ulang Tahun ke-45 itu didatangkan dengan ciri peralatan:

  • Spoiler belakang 3-inci di atas dek lid yang boleh dilaras manual
  • Rim 19-inci warna hitam kusam
  • Brek kaliper GR
  • Grafik panel sisi hitam dengan logo Supra

GR Supra itu dilengkapi dengan enjin 3.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 382hp tork 498Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.

Toyota GR Supra Edisi Ulang Tahun ke-45 didatangkan dengan dua warna badan Mikan Blast dan Absolute Zero. Harga jualan akan diumumkan kemudian.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here