Penunggang Ducati Panigale maut langgar Perodua Myvi

1408
Seorang penunggang Ducati Panigale maut selepas melanggar sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Petronas Sungai Soi, Kuantan, malam semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa Khairul Azhan Mohd Naim, 27, dalam pejalanan dari arah Kuantan ke Pekan.
 
“Apabila sampai di tempat kejadian ketika penunggang motosikal bergerak lurus, sebuah Perodua MyVi keluar dari simpang kiri secara mengejut menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian pintu kanan depan kereta.
 

“Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta mengalami kecederaan di bahagian rusuk kanan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.



Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan terdapat simpang tiga dengan Sistem jalan dua lorong satu hala.

“Semasa kejadian permukaan jalan adalah rata dan jalan kering dalam keadaan cuaca baik dengan tahap pencahayaan waktu malam,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here