Laluan Aring-Kenyir ditutup dengan penghadang konkrit

83

Kedua-dua laluan di Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Jalan Tasik Kenyir dekat Hulu Terengganu yang ditutup akibat tanah runtuh, telah diletakkan penghadang konkrit bagi mengelakkan terdapatnya pemandu kenderaan yang masih berdegil untuk melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Hulu Terengganu DSP Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata tindakan itu diambil, kerana pihaknya mendapati masih terdapat segelintir pemandu yang melalui jalan tersebut meskipun papan tanda jalan ditutup sepenuhnya telah pun diletakkan.

Honda

“Kita dapati ada juga orang awam yang masih degil membahayakan diri untuk melalui jalan tersebut walaupun sebahagian jalan itu telah runtuh, jadi pihak polis memang cukup ambil berat tentang perkara ini.

“Kita harap dengan adanya blok-blok konkrit yang telah diletakkan oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) Hulu Terengganu, tidak ada lagi pemandu yang cuba masuk ke jalan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Zainul Mujahidin berkata pihaknya menjangkakan jalan tersebut akan ditutup lebih lama bagi proses pembaikan berikutan runtuhan yang berlaku sepanjang 100 meter itu agak serius.

Semalam tular sebuah video di media sosial yang memaparkan sebuah pacuan empat roda cuba melalui jalan tersebut, meskipun terdapat mendapan dan runtuhan tanah di situ.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here