Tular: Pelajar UMP sanggup naik sampan redah banjir demi siapkan tugasan

106

Seorang penuntut universiti meredah banjir menaiki sampan dan meneruskan perjalanan dengan motosikal serta kereta semata-mata mahu mendapatkan internet untuk menghantar tugasan universiti.

Menerusi video TikTok syahirah_mz, penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah itu tinggal di Tumpat, Kelantan dengan kawasan rumahnya dilanda banjir ketika ini.

Honda

“Hari bersama saya, keluar cari wifi (rumah internet perlahan) untuk hantar tugasan atau kerja (universiti).

“Adik saya sangat memahami, dia punya usaha dayung bot, tiba-tiba jalan nak keluar tiang elektrik jatuh, terpaksa guna laluan jauh sikit.

@syahirah_mz Pray for kelantan #banjir2024#banjirtumpat#fyp ♬ Камин – DR3AM7NG

“Sampai tempat motosikal, inilah tempat kami semua letak kenderaan sebab tempat ni tinggi. Jalan kaki dulu untuk ke tempat motosikal. Sampai ke tempat motosikal pergi ke tempat kereta pula,” katanya pada kapsyen video.

 

Syahirah memaklumkan, dia terpaksa ke bandar Kota Bharu untuk mendapatkan internet memandangkan laluan ke bandar Tumpat masih digenangi air banjir selain banyak kedai tidak beroperasi.

“Nasib baik ada kafe yang buka (di Kota Bharu). Selepas beberapa jam siapkan semua dan balik.

“Balik rumah naik bot pula, terima kasih adik saya. Sekian daripada saya, doakan kami dan air banjir cepat surut,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas selain ramai yang memuji adik kepada penuntut tersebut kerana sanggup membantu kakaknya untuk mendapatkan internet.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here