DBKL tutup jalan TAR setiap Ahad bermula semalam, budayakan amalan jalan kaki

1266

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Jalan TAR untuk kegunaan kenderaan pada setiap Ahad bermula semalam.

Pelaksanaan berkenaan dilakukan lebih awal berbandingan perancangan sebelumnya iaitu 28 September depan. 



Penutupan bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam itu bagi menggalakkan budaya berjalan kaki dalam kalangan warga kota.

Sepanjang jalan dari persimpangan Jalan Esfahan hingga ke persimpangan Jalan Melayu akan ditutup kepada semua kenderaan.
 
Pelbagai program pengisian dilaksanakan sepanjang penutupan jalan itu termasuk persembahan pemuzik jalanan (buskers), persembahan seni kreatif serta program sukan tradisional.
 
Pihak pengurusan juga menyediakan kiosk dan ruang rehat sepanjang laluan bagi memberikan suasana baharu di kawasan tersebut. Tidak lupa, disediakan juga ruang untuk anak-anak kecil beriadah dan bermain dengan pengawasan petugas.
 
Menurut perkongsian akaun Facebook DBKL, program itu merupakan sebahagian daripada hasrat mereka bagi menjadikan jalan TAR sebagai satu destinasi keluarga yang wajar dikunjungi dengan lebih selesa, santai dan selamat.
 
Selain itu, difahamkan DBKL juga sedang meneliti cadangan melaksanakan perkara yang sama di persimpangan Jalan Pudu sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here