TikToker kongsi kereta perisai wekang di Dataran Merdeka, ini tentang ACV 300 Adnan perlu anda tahu

17132
Seorang pengguna TikTok @AbeFaiz86 berkongsi video pendek sesi raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.
 
Ketika merakamkan kereta perisai amfibia milik Angkatan Tentera Malaysia yang sedang bergerak, tiba-tiba insiden luar kawalan berlaku apabila kenderaan terakhir membrek mengejut gara-gara kereta depan memperlahankan kelajuan. 
@abefaiz86 Replying to @anakutara90 ♬ original sound – AbamFaiz86 – AbeFaiz86

Insiden itu menyebabkan bahagian belakang kereta perisai itu terangkat (wekang) dan rata-rata netizen terhibur melihat kejadian tersebut. Ditambah pula anggota tentera yang berada di ruangan skuad dan stesen komander masih steady.
 
Insiden itu adalah ‘luar biasa’ bagi rakyat awam tambahan mereka hanya berpeluang melihat aset tentera setahun sekali. Bagaimanapun, difahamkan itu adalah situasi biasa ketika jentera berkenaan membrek. 
 
 
Kereta perisai dalam video tersebut merupakan ACV 300 Adnan sempena nama Leftenan Adnan iaitu wira negara yang mempertahankan tanah air ketika menentang tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
 
Pelancaran unit pertama ACV Adnan dilakukan pada 2003 oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
 
 
Aset Angkatan Tentera Malaysia itu sebenarnya berasaskan model ACV-15 Turki. Syarikat Teknologi Pertahanan (Deftech) DRB-Hicom mendapat lesen memasang tempatan model itu di Pekan, Pahang dengan kerjasama FNSS Turki.
 
ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Ia dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.
 
 
ACV-300 juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran laser LWD Avimo, penembak grenad Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.
 
Kor Amor DiRaja diamanahkan menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan dan kira-kira 17 unit ‘Adnan’ dikerahkan ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
 
 
Model tersebut memiliki jarak operasi 490km dengan kelajuan 65kmj yang dijana oleh enjin Detroit Diesel Model 6V-53T (300hp). 
 
Selain Malaysia, negara lain yang menggunakan model sama adalah Jordan (ACV-S), Filipina (ACV-15), Syria (ACS-15), Arab Saudi (ACV-300) dan Turki (ACV-15). 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here