Gara-gara fungsi signal baharu, sekolah memandu haramkan Tesla

264

Penggunaan model Tesla baharu diharamkan di sekolah memandu Norway gara-gara fungsi signal baharu.

Di negara berkenaan setiap jualan kenderaan baharu adalah kereta elektrik (EV). Remaja juga belajar memandu menggunakan EV dan jenama paling popular adalah Tesla. 



Bagaimanapun, beberapa sekolah memandu di Norway mengharamkan model Tesla baharu susulan fungsi signal yang pertama kali diperkenalkan pada Model S dan X dan baru-baru ini Model 3.

Tesla tidak lagi menggunakan tuil signal dan menggantikannya dengan punat pada stereng. Alasan Tesla tidak menggunakan kaedah konvensional kerana syarikat mempercayai isyarat membelok tidak lagi diperlukan dengan kemunculan pemanduan autonomi.

Tuil signal konvensional

Pengendali Sekolah Memandu Harstad, Jahn Hansen Oyen menyatakan sedang mencari kereta baharu dan Tesla berada di senarai teratas.

“Saya menguji Model 3 dan mendapati hilang fokus dan arah ketika dalam bulatan. Ia tidak lagi mengancam nyawa, tetapi anda berdepan risiko memandu ketika melalui pembahagi jalan dan kereta lain pada dua lorong,” katanya.

Selepas berkongsi isu tersebut dalam kumpulan sekolah memandu, kebanyakan cikgu bersetuju dan berdepan isu yang sama bahkan risikonya lebih tinggi dengan pelajar.

Ramai daripada mereka memutuskan tidak menggunakan Tesla dengan fungsi signal baharu tersebut. 

Penasihat Kanan Pentadbiran Jalan Raya Norway, Lars-Inge Haslie berkata akan meneliti isu  tersebut.

“Saya tidak pasti larangan adalah langkah yang terbaik. Jika pelajar bercadang memandu Model 3, mungkin perlu belajar menggunakannya.

“Tetapi saya akui butang sentuhan signal Tesla adalah lebih teruk daripada tuil dan boleh melihat dengan jelas bagaimana ia boleh menjadi masalah,” katanya. 

Tambahnya, ia bukanlah langkah yang bijak memandangkan Tesla perlu menyelesaikan isu pemanduan autonomi dahulu. Kemudian barulah menyesuaikan tawaran ciri peralatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here