Masalah transmisi, Toyota panggil balik 280,000 trak pikap dan SUV

431

Toyota memanggil balik kira-kira 280,000 trak pikap dan SUV di Amerika susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Kempen panggil balik itu melibatkan isu transmisi yang berisiko bergerak ke depan ketika  posisi neutral (N).

Toyota Sequoia

Kenderaan yang terlibat merupakan model Toyota Tundra tertentu dan SUV Lexus LX 600 keluaran 2022 dan 2023 serta Toyota Sequoia tahun 2023 dan 2024.



Toyota berkata bahawa bahagian tertentu transmisi automatik kenderaan itu mungkin tidak nyahpasang serta-merta apabila ditukar kepada neutral.

Ia boleh memindahkan sedikit kuasa enjin ke roda. Kenderaan boleh bergerak ke depan pada kelajuan rendah di permukaan rata jika brek tidak digunakan sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

Syarikat itu tidak menyatakan sama ada terdapat kes kemalangan atau kecederaan.

Pihak wakil jualan akan mengemaskini perisian transmisi untuk menyelesaikan masalah dan pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan pada akhir April, kata Toyota.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here