Honda mulakan pengeluaran sistem sel bahan api hidrogen mampu milik

320

Honda Motor Co. memulakan pengeluaran komersial sistem sel bahan api hidrogen baharu yang dibangunkan bersama General Motors Co.

Sistem sel bahan api tersebut dihasilkan di Fuel Cell System Manufacturing LLC iaitu usahasama 50-50 oleh Honda dan GM, di Michigan.



Syarikat kereta gergasi itu menyatakan berjaya mengurangkan kos sebanyak satu pertiga. Bateri itu akan dipasang pada CR-V pasaran Amerika Utara dan Jepun menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, Honda juga menyatakan akan menjual komponen itu kepada syarikat lain untuk kegunaan trak dan kenderaan komersial lain. Ini kerana pihak operator dijangka bergantung pada bateri sebagai sumber kuasa kecemasan.

“Perkenalkan produk kami ke pasaran terlebih dahulu, kami akan tunjukkan sel bahan api boleh dipercayai adalah kegunaan praktikal.

“Mulai saat ini, kami akan mengembangkan lagi rangkaian jualan kami,” kata Timbalan Presiden usaha sama, Tetsuo Suzuki.

Sel bahan api akan menjana elektrik apabila hidrogen bertindak balas dengan oksigen di udara.

Kereta yang dipasang dengan bateri sedemikian tidak meninggalkan jejak karbon, seperti kereta elektrik.

Cuma, cabarannya melibatkan tanda harga yang tinggi bagi sistem hidrogen dan sel bahan api di samping kekurangan tawaran stesen hidrogen.

Sel bahan api yang dicipta oleh Honda dan GM menggantikan beberapa logam berharga, seperti platinum dan emas, dengan bahan yang lebih berpatutan. Proses pembuatan bateri telah diautomasikan untuk mengawal kos.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here