USIM buka bidaan nombor plat UQ

376

Nombor plat siri khas UQ dibuka untuk bidaan bermula 20 Februari hingga 29 Februari sehingga jam 4.00 petang.

UQ merupakan nombor plat khas berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang merupakan usahasama universiti dalam mengumpul dana untuk kebajikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).



Berdasarkan informasi pada borang tender, pendaftaran nombor plat berkenaan boleh dilakukan pada 10 Mac atau bergantung kepada pihak JPJ.

“Pembida dan pembeli nombor plat ini hanya boleh mendaftarkan nombor pendaftaran UQ di JPJ Wangsa Maju dan Seremban,” tulisnya.

Mengenai harga, terdapat banyak kategori yang mana tertinggi iaitu nombor emas UQ 1 ditetapkan pada minimum RM800,000, manakala nombor tunggal lain bermula daripada RM300,000.

Nombor plat dua digit bermula dari UQ 10 (RM150,000) manakala 11, 22, 33 dan seterusnya bermula dari RM80,000.

Berikut senarai harga nombor plat UQ :

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here