Selimut kebakaran bakal diwajibkan kepada pemilik EV

266

Selimut kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) yang mampu mengekang haba sehingga 1,000 darjah Celsius bakal diwajibkan kepada pemilik jentera berkenaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dipetik Kosmo Online berkata, ketetapan itu bagaimanapun tertakluk kepada hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jawatankuasa EV.

Kredit Gambar: Facebook SIRIM

Menurutnya, satu unit Selimut Kebakaran EV adalah kos sekitar RM4,800 hingga RM5,000 yang mampu mengawal kebakaran dan menghalang pelepasan gas toksik.



“Hari ini saya menyaksikan demonstrasi penggunaan Selimut Kebakaran EV yang merupakan perkhidmatan terbaru SIRIM QAS International. (SIRIM) bagi meningkatkan keselamatan kenderaan EV yang akan memenuhi jalan raya di negara kita tidak lama lagi.

“SIRIM melakukan ujian terhadap Selimut EV dan meluluskan penggunaannya,” katanya selepas demonstrasi Selimut oleh pihak SIRIM dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Kredit Gambar: Facebook SIRIM

Tengku Zafrul memberitahu, produk keselamatan itu buat masa ini diwajibkan untuk dimiliki oleh operator stesen pengecas EV sahaja.

“Ujian terhadap produk itu, membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikannya sebagai langkah merangka garis panduan keselamatan bagi penggunaan kenderaan EV seperti saranan oleh KPKT.

“Kita di MITI juga akan memastikan produk keselamatan ini ada di pasaran dan menepati syarat-syarat dan piaiwaian yang ditetapkan oleh SIRIM,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, SIRIM dalam proses untuk merangka Piaiwaian Keselamatan Selimut Kebakaran Untuk Industri agar garis panduan tersebut juga digunapakai oleh pihak pelabuhan dan pengendali logistik membabitkan kenderaan segmen berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here