QJMotor LTR150 lancar di Malaysia, harga RM8,888

154

QJMOTOR Malaysia melancarkan LTR150 ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM8,888 seunit.

Skuter dengan penampilan retro klasik itu menggunakan enjin 149cc silinder tunggal, SOHC yang menghasilkan kuasa 12.2kw @ 8,500rpm dan tork 14.8Nm @ 6,500rpm bersama transmisi CVT. 

Walaupun tampil retro, pesona moden dan sofistikated boleh dilihat pada meter LED digital penuh, lampu nyala siang (DRL) dan lampu utama LED serta bentuk lampu belakang LED yang kecil.



Pelana empuk dengan tekstur jahitan benang putih dipadankan dengan saiz tangki minyak 6.5 liter.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada rim bersaiz 12-inci bersama sistem brek cakera 190mm (depan) dan 225mm (belakang). Melengkapkan lagi ciri keselamatan pada skuter retro ini adalah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Selain itu, LTR150 turut dipasang dengan lampu kecemasan dan butang idle stop yang memberi penjimatan bahan api terutamanya apabila kerap berhenti di lampu isyarat. 

Tidak ketinggalan, turut tersedia ruang simpanan di bahagian depan dan port pengecas USB. Di bahagian ruang kaki, terdapat cangkuk untuk penunggang meletakkan barang. 

Pihak pengeluar menawarkan jaminan selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here