[Video] Tular Perodua Myvi ‘terbang’

836

Polis mengesahkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik dalam kejadian kemalangan di KM37 Jalan Kimanis-Keningau pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu Perodua Myvi yang berusia 17 tahun bersama penumpang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.



Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata kereta tersebut dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek kereta tidak berfungsi sehingga menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik.

“Pemandu dan penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Kamaruddin dalam pada itu menasihatkan semua pengguna jalan raya agar berhati-hati terutama ketika melalui jalan berbukit di Jalan Kimanis-Keningau.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa keadaan brek dan menyelenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut.

“Ini disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan kawasan itu memang lokasi yang kerap berlakunya kemalangan,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Calvin Yap (@imharoro)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here