BMW beri bayangan 3 Series generasi baharu akan hadir dalam versi wagon

12

Generasi baharu BMW 3 Series bakal dilancarkan tidak lama lagi dalam bentuk sedan, dan boleh didapati dalam versi petrol dan juga elektrik.

Namun, BMW dilihat sedia untuk melancarkan sebuah lagi bentuk badan 3 Series, iaitu station wagon!

Dalam laporan terbaharu oleh Autocar, ketua rekaan BMW Group Adrian van Hooydonk berkata, beliau percaya station wagon akan membuat kemunculan semula berdasarkan populariti model M3 Touring dan M5 Touring.

Tambahnya, dengan populariti yang dikecapi di negara yang tidak menggemari wagon, jenama itu sangat gembira dengan perubahan baharu di dalam segmen tersebut.

Buat masa ini, kita hanya dapat melihat 3 Series generasi berikutnya dalam bentuk badan sedan, dan pengeluar tersebut belum mengesahkan lagi kemunculan varian wagon (Touring).

Jelas van Hooydonk lagi, separuh daripada angka jualan jenama tersebut terdiri daripada SUV, bermakna kenderaan jenis sedan, wagon dan coupe masih lagi menjadi pilihan di kalangan para pelanggan mereka. 

Bayangan BMW 3 Series Touring oleh Sugardesign_1

Sumber gambar: Instagram sugardesign_1

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here