
Obsesi Jepun terhadap kenderaan kecil tidak terhad kepada genre kei car semata-mata.
Anda juga boleh mendapatkan barisan model motosikal bersesaran kecil di sana, bermula dari 50 cc hinggalah jentera 125 cc dengan dimensi yang cukup kompak dan comel.
Salah satu daripada model tersebut ialah Honda Grom.
Tahukah anda, Honda Grom juga turut dijadikan sebagai sebuah jentera lumba di sana?
Salah satu jentera HRC Grom Cup tahun 2023 kini sedia untuk dimiliki berdasarkan senarai terbaharu yang muncul di laman Bring A Trailer.
Motosikal kecil ini didatangkan dengan panel padan berwarna putih tanpa unit lampu utama, lengkap dengan enjin silinder tunggal 124 cc dan transmisi lima-kelajuan.
Lebih menarik perhatian, jentera ini juga mempunyai sifar jarak perbatuan!
Selain itu, Grom Cup ini juga mempunyai kelengkapan aftermarket seperti lower cowl, panel ekor, ekzos kustom, pengehad stereng Tyga, tempat duduk solo, rim aloi 12 inci, brek cakera dan tongkat sisi.
Setakat ini, bidaan di laman Bring A Trailer sudah mencecah USD$5,600 (RM23,528).