BMW belanja bentuk belakang M3 Wagon baharu, idaman geng abah!

1222

Selepas beberapa teaser dikeluarkan, kali ini BMW mengeluarkan klip video model berprestasi tinggi pertama BMW M3 Touring yang bakal dilancarkan menjelang musim panas tahun ini.

Kemunculan wagon itu pertama kali diumumkan pada Ogos 2020 yang kemudian melalui proses pembangunan dan ujian selama dua tahun. Difahamkan, BMW M3 Touring ini bakal dilancarkan serentak bersama-sama model 3-Series facelift pertengahan tahun ini.



Kehadiran M3 touring baharu tersebut bakal bersaing dengan dua jenama pengeluar kereta terkemuka iaitu Mercedes-AMG C63 Estate dan Audi RS4 Avant.

Ia bakal menggunakan enjin 3.0 liter turbo berkembar yang terdapat pada SUV X3 M dan X4 M dengan kuasa 503hp dan 650Nm.

Kemudian dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan serta pacuan roda belakang. Pilihan transmisi lain yang disediakan adalah automatik lapan kelajuan.

Difahamkan varian ini akan mendapat kotak gear automatik secara standard serta pilihan pacuan semua roda M xDrive pada masa depan. Sistem AWD ini mungkin diambil daripada M5 dan M8.

Selain itu, prestasi M bakal menerima suspensi yang dinaik taraf, brek lebih padu, penampilan lebih garang, fender lebih lebar, cermin sisi M, diffuser belakang serta empat muncung ekzos.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here