
Givi Malaysia memperkenalkan helmet M37.0 Grande dan kotak simpanan Ultimo pada acara Malaysia Autoshow (2025) yang sedang berlangsung sehingga 15 Mei ini di MAEPS, Serdang.
INFORMASI RINGKAS HELMET M37.0 GRANDE
- Topi keledar jenis jet (open-face) dengan reka bentuk yang sporty dan agresif.
- Helmet ini memenuhi piawaian keselamatan terkini ECE 22.06, menjanjikan perlindungan lebih baik.
- Didatangkan dalam saiz cengkerang berbeza untuk keselesaan optimum iaitu S hingga XL.
- Ciri-ciri lain termasuk sistem pengikat Micrometric Quick Release Buckle, tiga liang aliran udara, dan lapisan dalam yang lembut, anti-bakteria serta boleh ditanggalkan.
- Ditawarkan dalam pilihan warna solid dan grafik pada harga masing-masing RM360 dan RM400.
- Tampil dengan reka bentuk dan pilihan warna White, Sky Blue, Candy Red, Piano Black, Azure Black Blue, Rosso Black Red, Scuro Navy Yellow, dan Scuro Black Red.
- Helmet GIVI M37.0 Grande ini dijangka akan mula berada di pasaran pada Julai 2025.
INFORMASI KOTAK SIMPANAN ULTIMO
- Nama siri kotak simpanan ini ialah “THE ULTIMO MONOLOCK TOPCASE”.
- Terdapat dalam dua pilihan: ULTIMO dan ULTIMO+.
- Diperbuat daripada bahan Polipropilena (PP) tulen gred tertinggi (tanpa campuran bahan kitar semula) untuk ketahanan jangka panjang.
- Menawarkan kapasiti storan 35 liter boleh memuatkan sebuah helmet jenis modular dan barangan kecil lain.
- Menampilkan sistem kunci generasi terbaharu “Crab Lock” untuk akses ruang simpanan lebih mudah dan cepat (dengan satu putaran kunci) tanpa korbankan keselamatan.
- Varian ULTIMO+ mempunyai ciri tambahan plat aluminium di bahagian atas untuk sentuhan sofistikated dan ketahanan ekstra serta dilengkapi tempat sandar belakang (backrest) untuk keselesaan tambahan pembonceng.
- Akan berada di pasaran bermula Julai 2025 pada harga mula RM200, sementara harga untuk varian Ultimo+ akan diberitahu kelak.