MForce lancar CFMoto 250NK Lite, harga RM9,888

92

MForce Bike Holdings rasmi membawa masuk sub jenama baharu CFLite yang memfokuskan kepada jentera mampu milik dan sesaran kecil ke pasaran tempatan menerusi model CFMoto 250NK Lite.

CFMOTO 250NK Lite adalah model motosikal “naked street” yang merupakan sebahagian daripada sub-jenama baharu CFMOTO, iaitu CFLite.

Sub-jenama ini dicipta khas untuk menawarkan motosikal mampu milik dengan sesaran enjin kecil, yang memfokuskan pasaran baru seperti di Asia Tenggara dan Amerika Selatan.

Pengenalan model ini juga menandakan langkah strategik MForce Bike untuk menawarkan pilihan motosikal 250cc yang lebih mudah diakses dan berpatutan kepada pasaran tempatan.

Berikut informasi ringkas tentang CFMOTO 250NK Lite:

  • Model ini mengekalkan DNA reka bentuk sporty siri NK CFMOTO yang menampilkan garis badan tajam dan penampilan “streetfighter”. Walaupun bergelar “Lite”, ia tetap dilengkapi dengan ciri-ciri penting.
  • CFMOTO 250NK Lite dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 249cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 20.5kW @ 9,750rpm dan tork 22Nm @ 7,500rpm bersama transmisi manual 6-kelajuan yang lancar.
  • Suspensi hadapan menggunakan jenis fork teleskopik 37mm dan monoshock di belakang bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.
  • Keupayaan membrek diserahkan kepada cakera tunggal 220mm bersama kaliper piston tunggal di belakang dan cakera 292mm dengan kaliper empat piston di depan.
  • Tayar hadapan pula bersaiz 110/70 R17 dan  belakang 140/60 R17. 
  • Antara ciri peralatan yang didatangkan pengecas USB jenis A dan C, lampu LED, dua pelana, meter LCD, punat kecemasan binaan dalam, rim aloi aluminium dan tangki minyak 12.5 liter.

Bakal berada di pusat jualan bermula hujung bulan ini, 250NK Lite yang dijual pada harga RM9,888 seunit ditawarkan dalam empat warna badan iaitu hitam, biru, merah dan putih.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here