Utama Berita Automotif Kerajaan negeri Pulau Pinang beli 15 unit Toyota Camry bernilai RM3.3 juta

Kerajaan negeri Pulau Pinang beli 15 unit Toyota Camry bernilai RM3.3 juta

29

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan kerajaan negeri memperoleh 15 kenderaan baharu Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 pada 4 Mac lalu bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

Beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah dan Komunikasi negeri menyatakan Camry baharu itu untuk kegunaan rasmi 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang dan tiga ahli ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Dua lagi kenderaan masing-masing untuk kegunaan rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Dun Pulau Pinang.

“Jumlah (kos) itu termasuk cukai dan duti eksais. Ini menjadikan kos setiap kereta kira-kira RM220,789,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, semalam. 

Chow (DAP-Padang Kota) berkata demikian mengulas pertanyaan dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) dan Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) mengenai pembelian kereta baharu tersebut.

Terdahulu Mohd Yunus ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Ramli Ngah Talib mempersoalkan tindakan pembelian kenderaan baharu dalam keadaan kerajaan negeri berdepan cabaran kewangan.

“Kita lihat Exco negeri menggunakan Toyota Camry baharu bagaimanapun perkara ini tidak dilaporkan secara terbuka.

“Kerajaan negeri turut menerima pendahuluan sebanyak RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi mengurus aliran tunai, namun kenderaan baharu tetap dibeli. Bolehkan kerajaan negeri beri penjelasan?,” soalnya.

UMW Toyota Motor melancarkan Camry 2.5V ke pasaran tempatan Disember yang lalu pada harga RM221,800 seunit.

Sedan segmen-D itu menggunakan enjin A25A-FKS 2.5 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan kuasa 201hp dan tork 246Nm. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi 8-kelajuan direct shift dengan kelajuan maksimum 210kmj.

ARTIKEL LAIN

Kerajaan Papua New Guinea menyesal beli 40 unit Maserati Quattroporte, dah potong separuh hargapun tiada yang beli

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here