‘Paw’ duit parkir hospital, polis tahan ‘mak guard’

84

Polis menahan seorang pengawal keselamatan selepas disyaki melakukan pemerasan terhadap orang awam yang meletakkan kenderaan di hospital berkenaan pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 55 saat yang memaparkan kejadian itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok pada Isnin.

“Video itu memaparkan seorang wanita dipercayai meminta pengawal keselamatan memulangkan wang tunai RM50 milik ibunya. Kejadian dipercayai berpunca daripada isu parkir di kawasan hospital tersebut.

“Video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga net yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengawal keselamatan tersebut yang didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap pengunjung dengan meminta wang sekiranya meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya. 

Tambah beliau, suspek juga dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan dan tidak sopan semasa kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa berusia 31 tahun, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun pada hari sama.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok (Rabu) bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758,” jelasnya.

@allyszackry_ Alang2 ramai dah kena ni lah muka dia hati hati bila pergi hospital kajang , nama dia MANUSHA , target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staf dan untuk claim atau bayar dia duit rm50 kalau tidak clamp kete!! mak aku kene berderau darah..#pdrmmalaysia #hospitalkajang ♬ original sound – allyszulkeflee🕊️

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here