Utama Berita Automotif Beri Cek RM762K & Camry: Warga emas lari bawa motor mentua, Ini...

Beri Cek RM762K & Camry: Warga emas lari bawa motor mentua, Ini kisah sebenar..

8
Gambar hiasan

Sebuah majlis perkahwinan di Desa Jeruk, Kecamatan Bandar, Pacitan, Jawa Timur, baru-baru ini menjadi tular di media sosial bukan hanya kerana jarak usia pasangan yang jauh, malah kerana nilai hantaran yang cukup luar biasa!

Pasangan pengantin yang menjadi tumpuan ialah Tarman, seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun, yang sah menikahi pasangannya, Shela Arika, seorang gadis muda berusia 24 tahun.

Perbezaan usia mereka yang mencecah 53 tahun itu seolah-olah tenggelam apabila nilai mas kahwin yang dihulurkan Tarman kepada Shela didedahkan.

Difahamkan, Shela menerima hantaran berupa cek tunai bernilai IDR 3 bilion (RM762,672), selain dihadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Toyota Camry!

Susulan perkahwinan mewah yang tular itu, rata-rata netizen di media sosial menyatakan rasa cemburu dan iri hati terhadap nasib Shela yang berkahwin dengan hantaran sebesar itu.

Namun muncul pelbagai dakwaan negatif termasuk tuduhan penipuan. Dakwaan tersebut mencetuskan keresahan awam dan memaksa pihak polis Pacitan turun padang untuk menyiasat kesahihan berita.

Dakwaan ‘Jejak Jenayah’ & Mas Kahwin Palsu

Sebahagian netizen mendakwa Tarman memiliki rekod jenayah penipuan pada masa lalu. Keadaan menjadi lebih kecoh apabila timbul khabar angin bahawa:

  1. Cek tunai IDR3 bilion (RM762,672) sebagai mas kahwin adalah palsu

  2. Toyota Camry yang dihadiahkan hanyalah kereta sewa 

  3. Tarman melarikan diri selepas berkahwin, malah didakwa melarikan motosikal milik mertua

Polis Sahkan Tarman Tidak Lari, Sedang Berbulan Madu

Ketua Polis Pacitan, AKBP Ayub Diponegoro Azhar, menegaskan bahawa dakwaan Tarman melarikan diri adalah tidak benar.

“Setelah kami mengesahkan di lapangan, saudara Tarman bersama isterinya kini sedang berbulan madu di Purwantoro, Wonogiri,” jelas AKBP Ayub.

Fakta ini diperkukuhkan lagi dengan pengakuan ibu kandung Shela, Kana Kumalasari, yang menafikan berita buruk itu.

“Berita tersebut tidak benar, mereka berdua sedang pergi bulan madu. Dan mas kahwin cek IDR3 bilion itu adalah benar,” katanya, sambil menambah pasangan itu telah meminta izin sebelum berangkat.

Pihak polis turut membuat pengesahan bahawa mas kahwin berkenaan adalah benar tidak seperti diberitakan di media sosial.

“Kami menanyakan terus kepada pihak keluarga wanita sama ada mereka berasa dirugikan dengan cek IDR 3 bilion itu. Jawapan mereka jelas, tidak berasa dirugikan. Bahkan, mereka menyatakan bahawa cek tersebut akan dicairkan,” ujar AKBP Ayub.

Rekod Negatif Bukan Penghalang

Walaupun polis mengakui menerima maklumat bahawa Tarman mempunyai rekod jejak negatif pada masa lalu, mereka menegaskan prinsip suspek tidak bersalah.

“Setiap orang berhak berubah dan tidak boleh didiskriminasi,” kata Ayub.

Beliau juga memuji keprihatinan warga Pacitan yang bimbang jika Shela menjadi mangsa penipuan, namun meminta masyarakat bertenang. Polis akan mengambil tindakan hanya jika terdapat laporan rasmi dan maklumat sahih mengenai sebarang aktiviti jenayah.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here