Polis tahan Perodua Axia angkut barang macam lori

235

Polis telah menahan sebuah Perodua Axia yang membawa muatan di bumbung kenderaan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting, Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuatnaik di laman Facebook pada jam 10 pagi Isnin.

“Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang segera mengambil tindakan mengesan kenderaan terbabit dan berjaya menemui kereta itu kira-kira sejam kemudian di lokasi sama,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai lesen memandu yang sah dan kenderaannya memiliki dokumen perjalanan lengkap.

Jelasnya, kenderaan tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

ARTIKEL LAIN

7 gaya pelik kenderaan bawa barang yang terakhir paling ‘rare’

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here