
Honda Malaysia baru-baru ini memperkenalkan kenderaan bateri elektrik (BEV) pertamanya, Honda e:N1 pada harga RM149,900.
Pengedar rasmi jenama Honda itu menerima 200 unit tempahan sejak April lalu.
Honda e:N1 bukan hanya menawarkan pengalaman pemanduan yang senyap dan mesra alam, malah menjanjikan kos penyelenggaraan yang berbeza berbanding kenderaan petrol konvensional.
Jadual penyelenggaraan yang disediakan menerusi laman web rasmi Honda Malaysia menunjukkan perincian kos mengikut jarak perbatuan dan tempoh masa yang membolehkan pemilik merancang kewangan dengan lebih efektif.
Perincian Kos Mengikut Jarak Perbatuan/Tempoh:
Tidak seperti enjin pembakaran dalaman (ICE), secara amnya penyelenggaraan Honda e:N1 di bahagikan kepada empat komponen utama:
- Cecair Transmisi + Drain dan Filler plug:
- Komponen ini perlu diganti bermula 80,000 km diikuti 160,000 km dan 240,000km.
- Kos servis adalah pada harga RM 768.14.
2. Habuk & Penapis Debunga
- Komponen ini perlu diganti setiap 20,000 km (12 bulan); 40,000 km (36 bulan); 60,000 km (48 bulan) dan seterusnya.
- Kos servis adalah RM 104.75.
3. Minyak Brek :
- Cecair brek perlu diganti setiap 60,000 km (36 bulan); 120,000 km (72 bulan); 180,000km (108 bulan) dan 240,000km (144 bulan)
- Kos servis adalah RM 43.78.
4. Pemeriksaan Brek Depan & Belakang :
- Pemeriksaan brek hadapan dan belakang bermula dari 20,000 km (12 bulan) hingga 240,000 km (144 bulan).
- Kos setiap pemeriksaan adalah RM 9.87.
Jumlah Kos Penyelenggaraan:
Bagi tiga tahun pertama atau sehingga 60,000km, penyelenggaraan dilakukan secara percuma.
Pemilik hanya perlu menyediakan peruntukan kos servis apabila kenderaan mencapai tahun keempat atau 80,000km.
Berikut kos servis yang perlu dibayar oleh pemilik Honda e:N1 :
- 80,000 km: RM1,038.28
- 100,000 km: RM226.94
- 120,000 km: RM374.40
- 140,000 km: RM226.94
- 160,000 km: RM1,038.28
- 180,000 km: RM374.40
- 200,000 km: RM235.58
- 220,000 km: RM235.58
- 240,000 km: RM1,194.38
Jadi, berdasarkan jadual dan purata perbatuan, total kos penyelenggaraan Honda e:N1 sepanjang lima tahun pemilikan adalah sekitar RM1,265.22.