Berapa bayaran bulanan Honda e:N1? Kami kirakan untuk anda…

95

Honda Malaysia rasmi memperkenalkan kereta bateri elektrik (BEV) pertamanya e:N1  pada harga istimewa RM149,900 seunit.

Harga berkenaan ditawarkan dalam unit terhad tanpa mendedahkan jumlah sebenar namun Honda Malaysia menerima 200 unit tempahan e:N1 sejak April lalu. 

Berminat memiliki BEV tersebut?..Di bawah kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan Honda e:N1 yang didapati dari laman web Honda Malaysia. 

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama lima dan sembilan tahun dengan kadar faedah 2.7 peratus serta deposit 10 peratus. 

Contoh pengiraan anggaran bayaran bulanan (kadar faedah 2.7% setahun):

  • Harga Kenderaan: RM 149,900
  • Wang Pendahuluan (10%): RM 14,990
  • Jumlah Pinjaman: RM 149,900 – RM 14,990 = RM 134,910
  • Kadar Faedah Tahunan: 2.7% atau 0.027

Berikut ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh pemilik : 

  • 9-tahun: RM1,552.71
  • 5-tahun: RM2,552.05

Kiraan di atas hanyalah anggaran dan kadar faedah sebenar yang ditawarkan oleh bank boleh berbeza dan mungkin lebih tinggi atau rendah.

Selain itu, akan ada kos tambahan lain seperti insurans kereta tahunan (tidak termasuk dalam harga atas jalan), cukai jalan (percuma buat masa ini untuk EV), yuran pemprosesan pinjaman, dan kos penyelenggaraan.

Pihak bank biasanya menawarkan margin pembiayaan sehingga 90 peratus untuk kereta baharu dan wang pendahuluan yang lebih tinggi akan mengurangkan jumlah pinjaman sekaligus bayaran bulanan yang lebih rendah. 

Selain itu, lebih panjang tempoh pinjaman menyumbang kepada ansuran bulanan yang rendah tetapi jumlah faedah yang dibayar sepanjang tempoh pinjaman akan menjadi lebih tinggi.

Tempoh pinjaman lebih pendek (misalnya 5 tahun) menyumbang kepada bayaran bulanan yang lebih tinggi, tetapi jumlah faedah lebih rendah. 

Honda BEV berkenaan didatangkan dengan bateri litium ion 68.8kWh yang menghasilkan kuasa 150kW dan tork 310Nm. Jarak perjalanan dengan bateri penuh mampu mencapai 500km (NEDC).

Honda Malaysia turut menawarkan pilihan aksesori Legacy menerusi visor pintu, pelindung hendal pintu, filem penapis haba Eco Tint, pengecas wallbox AC (11kW), trunk organiser dan penutup pelapik panel belakang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here