Honda Malaysia rasmi lancar BEV pertama e:N1, harga RM149,900

23

Honda Malaysia rasmi melancarkan kereta elektrik pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan pada harga istimewa RM149,900 seunit.

Harga istimewa berkenaan hanya ditawarkan dalam unit terhad dan Honda Malaysia menerima 200 unit tempahan sejak April lalu.

Pasaran tempatan didatangkan dengan tiga pilihan warna badan Aqua Topaz Metallic dengan kabin berwarna kelabu serta Urban Gray Pearl dan Platinum White Pearl yang dipadankan dengan kabin hitam.

Berikut fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang Honda e:N1 pasaran tempatan :

  • BEV pertama Honda itu didatangkan dengan bateri litium ion 68.8kWh yang menghasilkan kuasa 150kW dan tork 310Nm. Jarak perjalanan dengan bateri penuh mampu mencapai 500km (NEDC).
  • Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 160kmj.Β 
  • SUV lima kerusi itu memiliki panjang 4,380mm, tinggi (1,592 mm) dan lebar (1,790mm) bersama jarak kelegaan tanah 142mm.
  • Rekaan luaran diserlahkan dengan lampu utama LED penuh bersama lampu belakang LED dengan reka bentuk lebih β€˜slim’ bersama rim 18-inci dua tona warna eksklusif buat Honda BEV.
  • Fascia depan hadir tanpa gril dan digantikan dengan slot pengisian kuasa DC dan AC manakala indikator pengecasan diposisikan di atas gril bagi memudahkan pemantauan.
  • Pengecas DC CCS2 sehingga 78kW mengambil masa 45 minit bagi isian bateri 10 hingga 80 peratus. Sementara, pengecas AC 11kW pula memerlukan masa sekitar 6 jam untuk mencapai tenaga bateri 100 peratus.Β 
  • e:N1 memperkenalkan identiti BEV baharu dengan lencana β€˜H’ berwarna putih mewakili elektrifikasi Honda.

  • Di belakang, terdapat tambahan lencana β€˜Honda’ di bahagian tengah pintu but serta kemas kini rekaan lampu henti di samping spoiler dan antena shark fin.Β 

  • Bahagian konsol tengah direka bentuk semula untuk menempatkan skrin hiburan 15.1-inci menegak yang besar dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang turut memaparkan navigasi binaan dalam, jam dan paparan kamera undur di bahagian atas. Manakala di tengah skrin memaparkan tetapan kenderaan, aliran kuasa, audio dan Menu EV.Β 

  • Selain itu, di depan pemandu menempatkan skrin TFT 10.25-inci, bersama-sama dengan susunan tombol ringkas dan punat brek parkir elektrik.Β 

  • Berbeza dengan HR-V, e:N1 menggunakan platform e:N Architecture F yang menggunakan penggerak roda depan dan memiliki trenkuasa 3 dalam 1 iaitu pacuan kuasa, motor dan kotak gear.
  • e:N1 juga dilengkapi dengan teknologi resonator Honda bersama dengan kedap suara dan penebat yang hanya ditemui pada kelas kenderaan mewah.Β 

Honda e:N1 ditawarkan dengan Honda Sensing yang lengkap melibatkan Forward Collision Warning (FCW); Collision Mitigation Braking System (CMBS); Lane Keep Assist System (LKAS); Lane Departure Warning (LDW); Road Departure Mitigation (RDM); Adaptive Cruise Control (ACC); Low Speed Follow (LSF); Auto High Beam (AHB); Lead Car Departure Notification System dan Deflation Warning System serta Blind Spot Information (BSI) dengan Cross Traffic Monitor.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah bag udara, Isofix, Vehicle Stability Assist (VSA); Agile Handle Assist (AHA); Anti-lock Braking System (ABS); Auto Brake Hold (ABH); Hill Start Assist (HSA) dan Emergency Stop Signal (ESS).

Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan waranti 8-tahun atau 160,000km dengan sokongan selepas jualan yang komprehensif di lapan wakil jualan sah Honda BEV.

Β 

Β 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here