Indian Motorcycle kembali di Malaysia, kini dikendalikan oleh Spirit Lake Motor,

6

Indian Motorcycle, jenama motosikal pertama dari Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1901 secara rasminya dilancarkan di Malaysia oleh Spirit Lake Motor Sdn. Bhd., sebuah syarikat di bawah kumpulan AFY Mobility Industries (AMI).

Sebagai anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI), Spirit Lake Motor membawa bersama kredibiliti pasukan pengurusan dengan puluhan tahun pengalaman dalam industri dua roda di Malaysia.

Amanah itu adalah satu misi berasaskan warisan, kebolehpercayaan dan penghormatan yang semestinya akan terus menjanjikan penawaran produk berkualiti serta memperkasakan pengalaman pemilikan, penghargaan jenama dan legasi Indian Motorcycle.

Spirit Lake Motor kini sah sebagai pengedar tunggal dan eksklusif motosikal Indian Motorcycle di Malaysia.

Nama Spirit Lake Motor diambil sempena penghormatan kepada warisan dan komitmen jenama ini terhadap mutu kerja dan seni pembuatan motosikal lagenda ikonik yang beroperasi di lokasi kilang Indian Motorcycle di Spirit Lake, Iowa, Amerika Syarikat.

Ia bukan sahaja menawarkan rangkaian produk premium, malah turut menyediakan pelbagai manfaat pemilikan menyeluruh termasuk perkhidmatan selepas jualan, alat ganti, sokongan teknikal, jaminan, dan pelesenan barangan aksesori rasmi.

Pendekatan itu untuk memastikan pengalaman pemilikan penuh yang lancar dan sempurna buat semua pemilik Indian Motorcycle di Malaysia. 

Pengurus Jenama Indian Motorcycle Malaysia, mewakili Spirit Lake Motor Sdn. Bhd, Lai Wai Keat berkata, pihaknya percaya pada legasi Indian Motorcycle serta kesepaduan semangat komuniti penunggang motosikal ini di Malaysia.

Menurutnya, ini adalah satu perjalanan penuh pihaknya dalam mengadaptasi sebuah warisan, keberanian dan semangat cruiser – Indian Motorcycle.

Sementara itu, Indian Motorcycle Malaysia kini beroperasi secara rasmi dari ruang pameran khas AMI Showroom di PJ222, Petaling Jaya.

Rancangan sedang giat dijalankan oleh Spirit Lake Motor untuk membuka sebuah pusat pameran utama yang baru serta lengkap dengan penyediaan pakej Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) secara menyeluruh di bawah satu bumbung, sekaligus menjanjikan pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan eksklusif kepada pelanggan.

Ruang pameran utama yang bakal dibina menjelang hujung tahun ini kelak bakal menjadi destinasi yang mempromosikan gaya hidup Indian Motorcycle yang memfokuskan kepada elemen semangat kebersamaan dan aktiviti komuniti penunggang jenama ini.

Untuk makluman, jenama Indian Motorcycle diasaskan di Springfield, Massachusetts, Indian Motorcycle bermula dengan penghasilan basikal berkuasa motor dengan dilengkapi enjin V berkembar yang turut digunakan dalam perlumbaan seawal tahun 1900-an.

Selain itu, Indian juga turut menjadi sebahagian daripada simbol kejuruteraan dan semangat penuh jiwa Amerika dengan pembekalan 50,000 unit motosikal yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Amerika Syarikat ketika  Perang Dunia Pertama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here