
Chery Malaysia menjemput orang ramai untuk mendaftarkan minat mereka terhadap Chery O5 2025, sebelum pelancarannya secara rasmi bulan ini.
Chery O5 2025 ialah versi facelift bagi SUV segmen C Omoda 5 dan tidak lagi menggunakan nama Omoda. Perubahan ini dibuat kerana jenama tersebut kini diletakkan di bawah subjenama Omoda | Jaecoo di pasaran Malaysia.
Sebagai salah satu model Chery, kenderaan ini sudah memenangi hati peminat di pelbagai pasaran dengan rekaan futuristik, prestasi dinamik dan ciri keselamatan canggih.
Apa yang baru untuk Chery O5 2025
- Chery O5 2025 tampil lebih berani dengan pemanduan yang lebih baik, selain dilengkapi teknologi pintar terkini.
- Dari segi luaran, ia menyerlah dengan rim aloi 18-inci yang menarik perhatian, manakala di bahagian bawah, suspensi belakang multi-link memastikan setiap pemanduan terasa lancar dan selesa. Ia menggantikan suspensi belakang jenis torsion beam pada model sedia ada.
- Bahagian dalaman menawarkan kerusi kulit tiruan mewah dengan ventilasi hadapan, menjadikan kabin bukan sahaja bergaya tetapi juga selesa.
- Bagi pencinta teknologi, Chery O5 2025 hadir dengan skrin berkembar bersepadu bersaiz besar 20.5 inci, lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto untuk sambungan lebih lancar.
- Ia turut ditingkatkan dengan pengecas tanpa wayar dan kawalan suhu automatik dwi-zon, memastikan pemandu dan penumpang kekal selesa mengikut gaya hidup moden.
- Di bawah hud, enjin 1.5T pengecas turbo bersama transmisi baharu iaitu dwi-klac 6-kelajuan dengan menghasilkan kuasa 156 hp dan tork maksimum 230 Nm.
Dari segi keselamatan, SUV ini dilengkapi dengan enam beg udara, sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2, serta sistem kamera inovatif 540 darjah yang memberi dimensi baharu dari segi pandangan.