“Toyota Vellfire terbakar sudah berusia lebih 15 tahun,” Ahli Parlimen Dungun

7

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menjelaskan Toyota Vellfire yang terbakar di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) baru-baru ini merupakan model lama yang sudah berusia lebih 15 tahun.

Bagi menghindari salah faham beliau menjelaskan Vellfire itu diwakafkan kepada PAS Kawasan Dungun pada 2022 untuk kegunaan organisasi.

Jelasnya, kos penyelenggaraan dan baik pulih MPV tahun 2010 itu sangat tinggi dan tidak lagi mampu ditanggung PAS Dungun.

“Atas sebab itu, mesyuarat PAS Kawasan Dungun telah memutuskan untuk menjual kereta MPV berkenaan dan nilai pasarannya sekitar RM45,000 hingga RM65,000, bergantung kepada kondisi kereta.
 
“Harga jualan yang dipersetujui adalah munasabah dan selari dengan nilai pasaran. Ia telah ditawarkan kepada saya ialah RM60,000, dibayar secara ansuran sebanyak enam kali,” jelasnya.
 
Beliau berkata pembelian Vellfire berkenaan bagi memudahkan urusan harian seperti  menghadiri kuliah, mesyuarat bersama masyarakat, serta melaksanakan tanggungjawab saya di Parlimen.
 
“Saya berharap penjelasan ini dapat meluruskan persepsi yang kurang tepat serta mengelakkan fitnah yang boleh menjejaskan imej dan reputasi,” ujarnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here