Honda RS-X Winner Edisi Terhad Tricolor rasmi lancar, harga RM10,298

33

Boon Siew Honda rasmi melancarkan penampilan baharu RS-X Winner dalam warna ikonik Honda Tricolor pada harga cadangan RM10,298 seunit.

RS-X Winner Edisi Terhad Tricolor itu dijangka mula berada di semua pengedar IMPIAN X dan pengedar sah Honda seluruh negara bermula 1 Disember 2025. 

Pelancaran motosikal itu disempurnakan oleh penunggang Honda MotoGP yang mana warga seragam itu memberi penghormatan kepada warisan sukan permotoran dengan sentuhan semangat kelajuan.

RS-X Winner Edisi Tricolor didatangkan dengan aksesori premium RCB yang terhad 800 unit sahaja:

  • RCB kaliper brek S-26 Series (Edisi Ulang Tahun Ke-30)
  • RCB Handle Grip Nagamaki
  • RCB Lever Guard

Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).

Pemilik juga akan mendapat perlindungan tambahan 1 tahun tanpa had perbatuan di bawah kempen Honda X-tend tanpa kos tambahan. Promosi waranti tersebut sah sehingga 31 Disember 2025.

Sementara itu, pelanggan yang menggemari sentuhan yang lebih tersendiri, warna istimewa kuning masih kekal ditawarkan pada harga RM 10,298.

Manakala penunggang yang meminati penampilan lebih klasik, pilihan warna standard hijau, kelabu kusam dan biru terus ditawarkan pada harga RM9,998.

Honda RS-X Winner dikuasakan oleh enjin 150cc DOHC penyejukan cecair yang menjana kuasa 11.8kW @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan. 

Diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), ia menggabungkan prestasi yang mantap dengan kecekapan bahan api yang cemerlang dan pelepasan asap yang rendah.

Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah klac assist dan slipper, suspensi monoshock, ABS, sistem kunci pintar, pengecas USB dan lampu LED penuh. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here