
Triumph Motorcycles memperkenalkan Street Triple Moto2™ Limited Edition bagi meraikan perananannya sebagai pembekal enjin eksklusif Kejohanan Dunia FIM Moto2™.
Motosikal eksklusif ini terhad kepada hanya 1,000 unit di seluruh dunia dan sesuai untuk dijadikan objek simpanan.
Enjin dan Prestasi
Moto2™ Edition dikuasakan enjin tiga silinder 765cc yang telah diuji dalam perlumbaan, menjanjikan prestasi yang mendebarkan di jalan raya dan litar.
- Enjin: Tiga silinder 765cc.
- Kuasa Puncak: 130 ps pada 12,000 rpm.
- Tork Maksimum: 80Nm pada 9,500 rpm.
- Transmisi: Kotak gear 6-kelajuan dengan klac slip & assist dan Triumph Shift Assist untuk penukaran gear yang lancar.
- Prestasi Litar: Enjin ini telah terbukti di peringkat Moto2™, mencatatkan kelajuan tertinggi 300 km/j dan 76 rekod pusingan perlumbaan.
Casis, Komponen Gred Litar dan Dimensi
Model ini menampilkan casis yang direka untuk ketepatan pengendalian, disokong oleh komponen premium:
-
Suspensi Laras Penuh: Suspensi hadapan Öhlins NIX30 dan belakang Öhlins STX40 yang boleh dilaras penuh, memberikan kawalan luar biasa.
-
Brek: Angkup Brembo Stylema empat omboh berkembar dipadankan dengan cakera terapung 310 mm, bersama silinder induk radial Brembo MCS.
-
Ergonomik: Hendal clip-on direka untuk posisi menunggang yang agresif dan rendah, membantu penunggang untuk beraksi di litar dengan lebih bersemangat.
-
Spesifikasi Fizikal: Berat basah 188 kg, ketinggian tempat duduk 839 mm, dan kapasiti tangki 15 liter.
Eksklusiviti dan Reka Bentuk Moto2™
Setiap Moto2™ Edition mempunyai perincian reka bentuk yang menonjolkan kaitan dan nilai koleksinya yang terhad:
-
Edisi Terhad: Hanya 1,000 unit di seluruh dunia, setiap unit dinomborkan secara individu pada top yoke yang dimesin daripada bilet
-
Bahan Ringan: Menggunakan komponen gentian karbon, termasuk panel sisi, belly pan, pelindung lumpur hadapan dan penutup hujung penyenyap.
-
Skema Warna: Badan berwarna Mineral Grey dan Crystal White, diserlahkan subrangka belakang Triumph Performance Yellow yang terang dan jalur roda yang sepadan.
Teknologi Fokus Penunggang
-
Skrin: Paparan TFT 5 inci penuh warna yang intuitif.
-
Skrin Permulaan Eksklusif: Memaparkan animasi permulaan Moto2™
-
Ciri Keselamatan Litar: Dilengkapi dengan mod ABS Track khusus, Optimised Cornering ABSdan Kawalan Cengkaman.
Harga
Street Triple Moto2™ Limited Edition ditawarkan pada harga £14,495 (RM 78,693.30) di United Kingdom.
Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula dari April 2026.



































