Anthony Loke diberi 48 jam jawab tuntutan pemandu lori, bas

137

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori SeMalaysia dan Persatuan Pemandu-Pemandu Lori SeMalaysia memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk menjawab 26 perkara dituntut dalam memorandum yang diserahkan pada Rabu.

Aktivis sosial yang mewakili kedua-dua persatuan, Datuk Dr Kalai Vanar berkata kerajaan melalui kementerian diterajui Anthony perlu mengkaji semula beberapa pelaksanaan undang-undang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana didakwa menekan kumpulan berkenaan.

Menurutnya, antara perkara utama yang dituntut supaya dikaji semula ialah mata demerit, saman permit majikan, had masa operasi, penyelarasan had berat dengan muatan (BDM), penyelarasan had ketinggian muatan dan pengurangan saman kepada kadar yang minimum semasa.

“Berkali-kali saya sudah katakan kita bukan ugut (tapi) kita hendak serah memorandum. Kenapa seorang wakil rakyat, seorang menteri penuh yang mendapat gaji daripada rakyat cukup lumayan saya percaya lebih RM60,000 tidak turun?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here