
Nissan Motor Co., Ltd. melalui usaha sama mereka di China, Dongfeng Nissan Passenger Vehicle Company (DFN), melancarkan secara rasmi sedan hibrid plug-in (PHEV) Nissan N6.
Model ini diperkenal di China pada Oktober lalu bersama Teana baharu. Model ini juga mempunyai versi elektrik yang dikenali sebagai N7.
N6 merupakan sedan PHEV pertama Nissan di pasaran tersebut dan merupakan model pertama yang dibangunkan di atas Senibina Tianyan (Tianyan Architecture).
Senibina ini menampilkan teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dibangunkan oleh Dongfeng Nissan.
Spesifikasi Kuasa dan Pilihan Varian

N6 digerakkan enjin 1.5 liter yang digandingkan dengan bateri LFP berkapasiti tinggi 21.1 kWj.
Sedan N6 PHEV ditawarkan dalam lima varian:
- 180 Air, 180 Pro, 180 Max, 180 Max+
- 170 Max+ (Varian unggulan)
Reka Bentuk Luaran Anggun
Reka bentuk luaran N6 mengadaptasi falsafah estetik yang dikenali sebagai Wind Trace.
Falsafah ini menghasilkan rekaan yang kemas dan aerodinamik, dengan penekanan pada aliran udara yang lancar dan dapat menyaingi sedan mewah Segmen C.
Di bahagian hadapan, N6 menampilkan lampu hadapan nipis yang dilengkapi sistem lampu tinggi adaptif.
Di bahagian belakang, lampu hurricane-eye memberikan kesan kedalaman tiga dimensi yang menawan.
N6 ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Sunlight Gold, Hyacinth Purple, Flowing Silver, Obsidian Black, Rock Grey, dan Pearl White.
Dalaman Selesa
Kabin N6 direka bagi memberikan impresi menyeluruh 360 darjah, dengan lebih 85% kemasan menggunakan bahan sentuhan lembut untuk ruang yang mesra dan selesa.
- Tempat Duduk Hadapan: Kerusi AI Zero-Pressure Cloud Cushion dengan algoritma AI postur adaptif.
- Tempat Duduk Belakang: Dilengkapi Zero-Pressure Cloud Cushion Sofa yang baru dibangunkan, menjadikan perjalanan jauh peluang untuk berehat dan menyegarkan diri.
- Bahan: Kerusi menggunakan bahan gel ciptaan khas yang menawarkan sentuhan seperti kulit premium.
- Pilihan Warna Dalaman: Pilihan Off-White dan Elegant Black, dengan pilihan kemasan trim Rose Gold atau Night Purple.
Ciri Pintar dan Teknologi Pemandu
N6 menampilkan Cloud Comfort Cabin yang dibangunkan sepenuhnya sendiri dan dikuasakan oleh sistem infotainmen Nissan.
- Platform Maklumat Hibur: Menggunakan cip gred automotif Qualcomm Snapdragon 8775 dan antara muka skrin ultra-jelas 2.5K bersaiz 15.6 inci.
- Pembantu Suara AI: Pembantu suara AI yang dikenali sebagai Xiao Ni menggunakan teknologi Spark dan DeepSeek dari iFlytek. Sistem ini menyokong pelbagai dialek Cina, pilihan suara dan mampu mengenali permintaan dari mana-mana posisi tempat duduk.
- Hiburan: Kabin yang sangat senyap sesuai untuk penggunaan ciri karaoke tanpa wayar.
- Sistem Bantuan Pemanduan: Dilengkapi sistem bantuan pemanduan end-to-end yang disesuaikan, dibangunkan dengan kerjasama Momenta. Sistem ini menyokong dalam pelbagai keadaan seperti perjalanan lebuh raya, pemanduan bandar dan meletak kenderaan.
Keselamatan dan Ketahanan
N6 menggunakn struktur badan monokok, struktur bateri yang kukuh, tujuh beg udara termasuk beg udara tirai sisi sepanjang lebih dua meter dan 16 ciri bantuan keselamatan aktif.
Lebih 7,400 ujian pengesahan R&D, melebihi 5,500 pengesahan kualiti prototaip dan menjangkau 2,000 pemeriksaan kawalan kualiti kenderaan telah dijalankan.
N6 juga berjaya dalam Around-China Fuel Consumption Challenge, merentasi 30 wilayah sejauh 14,000 kilometer.
Kecekapan dan Penjimatan
Sebagai hibrid plug-in generasi baharu, N6 telah menetapkan empat piawaian baharu dalam segmen PHEV.
Ini termasuk kecekapan bahan api di bawah 2L/100 km yang luar biasa (dalam mod pengekalan cas).
Dengan kapasiti bateri 21.1 kWj, N6 menawarkan jarak pemanduan elektrik (EV) maksimum sejauh 180 km.
Selain itu, N6 mempunyai keupayaan pengecasan pantas, membolehkan bateri dicas dalam masa kurang daripada 20 minit.
Nissan juga memaklumkan kos operasi tahunan di bawah 2,000 RMB (RM1,166.82).
Harga jualan N6 bermula dari RMB99.9 ribu (RM58,340.60) hingga RMB 29.9 ribu (RM 75,879.76).
Gambar: Nissan

































