Cyclone rancang superbike RC700 dengan enjin inline-4 674 cc, kuasa 100 hp

3

Sebuah lagi superbike buatan China bakal menembusi pasaran, kali ini datang daripada cabang tertinggi Zongshen, iaitu Cyclone.

Menurut laporan Motorcycle News, Cyclone bakal memperkenalkan superbike RC700 yang hadir dengan enjin empat silinder sebaris 674 cc.

Berdasarkan paten yang didaftarkan, rekaan RC700 banyak mengambil inspirasi daripada jentera lumba moden dengan kehadiran winglet lebar serta unit lampu utama yang diapit corong ambilan udara.

Seksyen belakang pula sengaja dibuat pendek dengan sudut yang lebih agresif, menjadikan penampilan keseluruhan lebih garang.

Selain itu, RC700 dilihat membawakan lengan ayun aluminium yang direka serba baharu, jauh berbeza berbanding dua model konsep yang diperlihatkan sebelum ini (RC680R dan RC700R).

Cyclone mendakwa RC700 ini mampu menjana kuasa sekitar 100 hp, namun spesifikasi rasmi akan diumumkan menjelang pelancaran kelak.

Selain RC700, Cyclone merancang untuk mengembangkan lagi barisan model motosikalnya di beberapa pasaran global, termasuklah memperkenalkan motosikal kembara dengan enjin parallel-twin dan model berenjin V2.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here