Kia Seltos (2027) dah macam EV9 versi mini!

4

Masih ingatkah anda dengan SUV Kia Seltos?

SUV segmen B Kia ini pernah sekejap diperkenalkan di pasaran Malaysia sebelum ia lenyap ditelan arus.

Sedar atau tidak, Seltos kini sudah pun masuk generasi kedua dengan penampilan yang jauh lebih moden dan sofistikated, serta dimensi yang lebih besar berbanding model terdahulu.

Dibangun berdasarkan platform K3, Kia Seltos turut berkongsi asas dengan model Kia Niro dan Hyundai Kona.

Kia Seltos bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu nadi 1.6 liter turbo dan enjin 2.0 liter aspirasi natural (NA), dipadankan dengan transmmisi automatik 8-kelajuan dan pilihan untuk sistem pacuan semua roda (AWD).

Terdapat juga varian hibrid yang menawarkan keupayaan vehicle-to-load (V2L).

Rupa luaran Kia Seltos menunjukkan satu anjakan besar terhadap SUV segmen B tersebut, dengan jeriji lebar, garis bumbung terapung, garis tajam dan unit lampu menegak.

Ruang kabin pula menempatkan skrin berkembar saiz 12.3 inci dengan susun atur serba baharu, skrin paparan head-up dan masih lagi mengekalkan butang fungsi fizikal untuk kawalan iklim.

Seltos serba baharu ini akan turut mendapat kemaskini over-the-air (OTA), bantuan kepintaran buatan (AI), serta kelengkapan keselamatan termaju.

Kia merancang untuk menjual generasi kedua Seltos pada tahun depan sebagai model tahun 2027.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here