
Chery Malaysia melakar penanda aras baharu dalam keselamatan bateri apabila berjaya menganjurkan Chery Super Hybrid Battery Safety Challenge buat pertama kali di Malaysia.
Acara itu disaksikan lebih 100 pemerhati termasuk wakil kerajaan dan media, sekali gus memastikan ketelusan penuh sepanjang proses ujian dijalankan.

Dalam ujian tersebut, bateri digunakan pada model hibrid plug-in (PHEV) seperti Chery Tiggo 7 PHEV dan Chery Tiggo 8 PHEV didedahkan kepada:
Fasa pra-pemanasan
Pendedahan api langsung selama 1 minit 20 saat dan bateri kekal stabil daripada:
- Letupan atau kebakaran berterusan
- Kegagalan elektrik
- Deformasi tidak terkawal
Menurut Jurutera Bateri Chery, Men Lin Bo, ujian ini dilakukan secara terbuka bagi memberi keyakinan kepada pengguna terhadap teknologi bateri Chery.

Ia membolehkan pemerhati melihat sendiri keadaan bateri sebelum, semasa dan selepas ujian – bukan sekadar bergantung kepada ujian makmal.
Program keselamatan bateri global Chery merangkumi:
- Ujian pelanggaran dan rollover di China
- Rendaman air laut di Indonesia dan Qatar
- Ujian tembakan peluru di Ecuador
- Pendedahan haba ekstrem di Timur Tengah
- Ujian geseran bawah kenderaan di Mexico
Semua ini dibuat bagi menguji ketahanan bateri dalam situasi dunia sebenar.

Dalam pada itu, Model Chery TIGGO 7 PHEV mencatat:
- 5 Bintang ASEAN NCAP
- Skor tinggi 94.68 mata
- Markah penuh untuk perlindungan penumpang dewasa dan bantuan keselamatan
Selain itu, Chery juga menawarkan waranti bateri sehingga 10 tahun dan 200,000km (mana satu tiba dulu) dengan meliputi pek bateri, motor dan unit kawalan.































