Utama Berita Automotif Auto Pacifica kendali pusat 4S Mitsubishi Motors Malaysia Miri

Auto Pacifica kendali pusat 4S Mitsubishi Motors Malaysia Miri

6

Mitsubishi Motors Malaysia mengumumkan pemindahan serta naik taraf bilik pameran Mitsubishi di Miri, Sarawak kepada sebuah pusat 4S yang merangkumi jualan, servis, alat ganti serta cat kenderaan.

Fasiliti baru ini meliputi keluasan 21,669 kaki persegi dan dikendalikan Auto Pacifica, pengedar sah Mitsubishi sejak tahun 2009 yang turut mempunyai cawangan di Bintulu dan Kota Samarahan.

Selain ruang pameran menempatkan model-model terkini Mitsubishi – termasuk Xforce – pusat 4S Auto Pacifica Miri ini turut menyediakan ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan.

Bagi memenuhi keperluan selepas jualan, fasiliti ini dilengkapi 13 ruang servis serta enam ruang baik pulih badan dan cat dikendalikan juruteknik bertauliah.

Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Takashi Sakamaki berkata, Miri adalah kawasan yang sedang berkembang pesat dengan potensi besar.

Pembukaan pusat 4S baru ini bukan sahaja meluaskan rangkaian syarikat, malah mencerminkan komitmen untuk lebih dekat dengan pelanggan serta memberikan perkhidmatan lebih baik.

Beliau turut menyatakan fasiliti ini menawarkan pengalaman pemilikan kenderaan lebih mudah, lancar dan menyeluruh kepada pelanggan.

Pusat 4S Auto Pacifica Miri ini terletak di Lot 4448, K.B.L.D. 17, Jalan Miri Bypass, Autocity Eastwood Town Centre, 98000 Miri, Sarawak.

Ia beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang, manakala pada hari Ahad dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here