Selepas 26 tahun, Ferrari Mondial ini dijumpai semula di dasar sungai dan penampilannya agak mengejutkan

2136

Ferrari Mondial keluaran tahun 1980-an adalah satu daripada sebuah kereta terbaik keluaran Ferrari. Kereta ini sepatutnya diberi penghargaan, sama seperti yang dilakukan kepada LaFerrari.

Pada tahun 1994, pihak polis di Belanda telah menerima satu laporan tentang kecurian sebuah Ferrari Mondial. Pemilik kereta ini bagaimanapun sudah menerima pampasan dan kes telah ditutup.



Namun, kereta itu dijumpai semula pada tahun 2020. Pada bulan Jun yang lalu, pasukan bomba di Belanda yang dilaporkan sedang menjalani latihan telah menjumpai satu objek seperti baji di dasar sebuah sungai. Rupa-rupanya, ianya adalah sebuah Ferrari Mondial.

Pada 8 Julai, pihak berkuasa Belanda untuk telah mengenal pasti kereta tersebut, dengan memadankan nombor VINnya menggunakan pangkalan data kereta yang dicuri.

Setelah dikenal pasti, kereta tersebut dikembalikan kepada pemilik sahnya, pihak insurans dan kemudian dihantar ke pusat pelupusan sampah.

Ferrari Mondial

Apa yang mengejutkan, biarpun berdasar sungai selama 26 tahun. Warna kenderaan itu masih lagi kelihatan baik cuma ada beberapa bahagian yang mereput. 

Untuk makluman, Ferrari Mondial ialah kereta berenjin tengah yang dihasilkan oleh Ferrari sekitar tahun 1980 hingga tahun 1993. Ia dikuasakan oleh enjin V8 dan direka bentuk oleh Pininfarina serta Carrozzeria Scaglietti.

Kereta ini menggantikan Ferrari 308/208 GT4 coupe dan merupakan kereta terakhir dari Ferrari yang menggunakan enjin V8.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here