YB rakyat! Perkhidmatan ambulans percuma yang ditawarkan Ustaz Ebit Lew kini tersedia

5742

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini memaklumkan kenderaan yang ditempahnya untuk perkhidmatan ambulans kini telah siap.

ambulans ebit lew

Seperti biasa, perkhidmatan ambulans ini disediakan kepada orang ramai secara percuma



Berita gembira ini dikongsikan melalui laman Facebook rasmi miliknya, yang menampakkan sebuah van yang diubah suai khas untuk perkhidmatan ambulans. 

Menurut Ustaz Ebit Lew, perkhidmatan ambulans secara percuma ini disediakan lengkap dengan sukarelawan dan kru yang bertugas. Oleh kerana nasib hidup seseorang tidak sama, dia menyatakan cita-citanya yang ingin memberi sesuatu untuk orang lain.

Dia juga menyatakan perkhidmatan van jenazah secara percuma yang disediakannya sebelum ini hampir setiap hari digunakan untuk menghantar jenazah dari Kuala Lumpur ke seluruh Malaysia.

Ustaz Ebit Lew membeli sebuah van di sebuah pusat pengedar Toyota dan diubah suai di Imarah Auto. Pada masa sama, dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam proses menyediakan perkhimatan ambulans percuma ini.

Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan ambulans dan van jenazah secara percuma, boleh hubungi 01170787900 untuk maklumat lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here