Ustaz Ebit Lew berikan khidmat van jenazah dan ambulans secara percuma

4384

Pendakwah bebas yang terkenal, Ustaz Ebit Lew kini menyediakan perkhidmatan van jenazah dan ambulans bagi yang tidak berkemampuan secara percuma.

Ustaz Ebit Lew

Berita gembira ini dikongsikan melalui video di laman Instagram miliknya, yang menampakkan Ustaz Ebit Lew kelihatan begitu gembira ketika mencuba memandu van jenazah yang didaftarkan di bawah Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.



View this post on Instagram

Doakan yer. Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung. Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung. Rindu mak sangat. Terima kaseh yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu. Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah auto sdn bhd. Terima kaseh Abang Mizey Bro Office Digital Print sponsor sticker yang cantik. Terima kaseh juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini. Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

Van jenazah itu pertama kali digunakan untuk menghantar jenazah seorang wanita dari Hospital Klang terus ke Pasir Mas, Kelantan. 

“Doakan kami ya. 1 pagi bergerak dari Hospital Klang terus ke Pasir Mas Kelantan. Jenazah wanita ini berumur 40 tahun. Suaminya dah meninggal dunia. Meninggalkan 5 orang anak kini yatim piatu.

Ustaz Ebit Lew

“Sebak anak sulung akak ni baru 20 tahun perempuan menemani arwah ibunya. Semua adik masih bersekolah. 4 orang lagi. Mereka kini anak yatim piatu. Adik yang lain nenek jaga di kampung.

“Sebak sayu je adik ni dari kl naik bersama van jenazah duduk di belakang. Ya Allah hadiahkanlah buat wanita ini keampunanMu dan RedhaMu. Jaga dan peliharalah anak-anaknya yang masih kecil. Perjalanan semua free dan dan insyaAllah saya akan cuba bantu jika ada keperluan lain di Pasir Mas”, katanya.

Menurut Ustaz Ebit Lew, bagi mereka yang tidak mampu dan memerlukan khidmat van jenazah dan ambulans tersebut, boleh hubungi 01170787900 untuk maklumat lanjut.

Sumber: Facebook, Instagram

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here