Lelaki baik hati ini buang sampah tersumbat elak air bertakung di jalan raya

2416

Sejak kebelakangan ini, musim hujan yang sering berlaku telah menyebabkan banyak kawasan yang terkena tempias sehingga menyebabkan banjir terutamanya di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @anthraxxx memaparkan seorang lelaki menaiki basikal bertindak untuk membersihkan sampah yang tersumbat di sebuah persimpangan jalan raya.



Menerusi video yang berdurasi selama 11 saat itu, lelaki tersebut kelihatan sedang menarik dan mengeluarkan sampah yang terdapat di lorong air tersebut.

Situasi itu sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya yang kebetulan sedang berada di kawasan berkenaan. 

Rata-rata netizen yang melihat kejadian itu berasa terharu dengan sikap baik lelaki berkenaan di samping mendoakan kesejahteraan buat lelaki tersebut di ruangan komen akaun terbabit. 

sampah tersumbat

Posting tersebut mendapat perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 94.1 ribu tontonan umum selain daripada mendapat 5 ribu retweet dan komen sebanyak 5.4 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here