Kerjasama antara PLUS dan JPJ, Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) kini dibuka

2776

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama membuka sebuah Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasaaan Lebuh raya) JPJ yang pertama seumpamanya di lebuhraya. 

PLUS JPJ

Langkah ini merupakan salah satu daripada langkah meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya kendaliannya.



Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, “PLUS sentiasa mencari pelbagai pendekatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di semua lebuh raya supaya pengguna dapat terus menikmati perkhidmatan lebuh raya yang selamat dan selesa.”

“Justeru itu, kami turut melihat kepada aspek penguatkuasaan undang-undang dengan kerjasama JPJ dan agensi penguatkuasa yang lain.” 

“Pada masa sama, kehadiran anggota JPJ yang mengadakan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya kami amat penting terutamanya dalam menangani isu-isu berkenaan kenderaan berat seperti penggunaan tayar botak, membawa muatan berlebihan dan tidak stabil dan lain-lain adalah amat kritikal.”

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Sri Shaharuddin Khalid, inisiatif yang telah dijalankan oleh PLUS membuktikan peranannya sebagai ‘Rakan Negara’ yang baik dalam membantu JPJ untuk meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya.

“PLUS telah menyediakan empat pejabat untuk Unit Penguatkuasaan Lebuhraya iaitu di R&R Pagoh, Johor, R&R Dengkil di Selangor, R&R Gunung Semanggol dan terbaharu Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya, Ipoh di Perak”. 

PLUS JPJ

Langkah mewujudkan sebuah pusat kawalan di lokasi yang strategik iaitu berada di tengah-tengah jajaran Lebuhraya Utara-Selatan memberi akses yang lebih mudah bagi memberi bantuan awal dan kecemasan apabila berlaku sebarang insiden di lebuh raya.

Pusat ini yang telah mula beroperasi sejak 1 Julai lalu mengawal selia segala akitiviti Unit Penguatkuasaan Lebuhraya (UPLR) yang melibatkan 4 Zon penguatkuasaan utama. 

Dengan adanya pusat ini, PLUS bersama-sama JPJ akan dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan lebuh raya melalui pelbagai inisiatif.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here