Tamatkan dominasi Marc Marquez, Joan Mir kini juara dunia MotoGP

1509

Joan Mir kini berjaya merangkul gelaran juara untuk musim MotoGP 2020 dan mengakhiri penantian selama 20 tahun pasukan Suzuki. Mir dinobatkan sebagai juara selepas tamat Grand Prix Valencia yang dimenangi oleh Franco Morbidelli.

joan mir

Kini, siri MotoGP 2020 berbaki 1 pusingan iaitu Grand Prix Portugal yang akan berlangsung pada 22 November akan datang.



Mir merupakan juara MotoGP yang baru sejak dominasi Marquez bermula tahun 2013, walaupun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh pada Grand Prix Valencia.

Berdasarkan rekod semasa, Mir memulakan perlumbaan di Grand Prix Valencia dengan kelebihan 37 mata ke atas pencabar terdekatnya Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha dan rakan sepasukannya, Alex Rins.

“Sangat menakjubkan. Saya tidak mampu berkata-kata untuk menggambarkan perasaan saya kerana kemenangan ini ialah sesuatu yang saya perjuangkan sepanjang hidup saya, kata pelumba kelahiran Sepanyol yang berusia 23 tahun tersebut.

“Setelah merangkul gelaran ini, emosi saya bercampur. Saya tidak dapat ketawa, menangis dan rasa sangat gembira. Saya perlukan masa untuk bertenang dan faham apa yang berlaku kerana saya tidak mampu berkata-kata, tambahnya.

Grand Prix Valencia dimenangi oleh Franco Morbidelli, Jack Miller di kedudukan kedua dan Pol Espargaro di kedudukan ketiga.

Keputusan penuh Grand Prix Valencia 2020.

1. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha)
2. Jack Miller (Pramac Ducati)
3. Pol Espargaro (KTM)
4. Alex Rins (Suzuki)
5. Brad Binder (KTM)
6. Miguel Oliveira (KTM Tech3)
7. Joan Mir (Suzuki)
8. Andrea Dovizioso (Ducati)
9. Aleix Espargaro (Aprilia)
10. Maverick Vinales (Yamaha)
11. Francesco Bagnaia (Pramac Ducati)
12. Valentino Rossi (Yamaha)
13. Cal Crutchlow (LCR Honda)
14. Stefan Bradl (Honda)
15. Danilo Petrucci (Ducati)
16. Alex Marquez (Honda)
17. Tito Rabat (Avintia Ducati)
18. Lorenzo Savadori (Aprilia)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here