Volvo S90 facelift kini dengan dua varian, T5 dan Recharge T8, penggugat E-Class dan 5-Series?

1133

Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini memperkenalkan model Volvo S90 facelift, dengan dua varian iaitu Recharge T8 PHEV dan T5. Kedua-dua model ini adalah CKD, dipasang di kilang pemasangan Volvo di Shah Alam.

Dari spesifikasi enjin, Volvo S90 Recharge T8 dan S90 T5 dapat dibezakan seperti berikut:



Volvo S90 Recharge T8

  • Enjin: Drive-E 2.0-liter turbo petrol
  • Kuasa: 320hp
  • Tork: 400Nm
  • Motor elektrik: 87hp dan 240Nm
  • Kuasa keseluruhan: 407hp @ 5,700rpm
  • Tork keseluruhan: 640Nm @ 1,200-5,400rpm
  • Transmisi: Automatik 8-kelajuan
  • Pecutan 0-100km/j: 4.9 saat
  • Penggunaan bahan api: 2.0 liter/100km

Volvo S90 T5

  • Enjin: Drive-E 2.0-liter turbo petrol
  • Kuasa: 251hp
  • Tork: 350Nm
  • Transmisi: Automatik 8-kelajuan
  • Pecutan 0-100km/j: 6.8 saat
  • Penggunaan bahan api: 7 liter/100km

Harga Volvo S90 Recharge T8, iaitu RM339,315 (atas jalan tanpa insurans), iaitu hampir RM30k kurang dari sebelum ini. 

Hal ini disebabkan pengecualian cukai jualan, dan harga di atas termasuk juga dengan jaminan 5-tahun, serta jaminan bateri PHEV selama 8-tahun/160,000km.

Sementara itu, S90 T5 dijual pada RM328,888 dan hanya boleh mula didapati pada Jun 2021.

Dengan matlamat keselamatan terkini Volvo, kedua-dua varian mempunyai kelajuan maksima yang dihadkan kepada 180km/j. Varian T5 mendapat Dynamic Chassis, manakala T8 mendapat Active Chassis.

Dari segi penampilan, Volvo S90 terkini ini masih kekal segak dengan garisan kemas dan minimalis. Perubahan sangatlah kecil, seperti ruang kemasukan udara depan yang direka semula, dan lampu belakang yang kini mirip S60 T8 R-Design.

Begitu juga di bahagian dalaman, tidak banyak yang berubah. Apa yang baharu adalah head up display, tombol gear Orrefors rekaan baharu, tempat duduk baharu dan bumbung suria.

Kelengkapan masih dikekalkan dengan paparan instrumen digital 12.3-inci serta sistem infotainmen 9-inci Sensus Connect yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Varian T8 ditambah dengan sistem audio premium Bowers & Wilkins dengan 19 pembesar suara.

Akhir sekali, Volvo S90 Recharge T8 hadir dengan ciri keselamatan Intellisafe yang merangkumi Blind Spot Information Systems (BLIS), City Safety, Cross Traffic Alert, Front and Rear Warning dan Mitigation Support, Lane Keeping Aid, Pilot Assist, had kelajuan 180km/j dan banyak lagi.

Lima pilihan warna ditawarkan kepada pelanggan iaitu Bright Silver, Crystal White Pearl, Onyx Black, Platinum Grey and Thunder Grey.

Untuk maklumat lanjut sila  layari  laman web www.volvocars.com/my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here