Urus kekal model paling laris Lamborghini, 1,382 unit terjual dalam suku pertama 2021!

1585

Jualan Lamborghini meningkat naik, dimana baru-baru ini mereka telah mengumumkan  rekod jualan pada suku pertama tahun ini.

Pengeluar Itali itu berjaya menyerahkan 2,422 kenderaan bermula bulan Januari hingga Mac tahun ini, yang merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2020 dan 22 peratus lebih banyak berbanding suku pertama tahun 2019.



Pencapaian ini kini merupakan yang kedua terbaik pernah dicapai oleh mereka.

urus paling laris

“Lamborghini akan sentiasa memenuhi permintaan dalam pasaran, walaupun akan ada halangan yang akan datang,” kata Presiden dan CEO syarikat, Stephan Winkelmann.

“Kami kini bersedia untuk mencapai objektif baharu yang telah kami tetapkan, dan akan bertindak balas dengan cepat terhadap transformasi yang mempengaruhi industri automotif secara keseluruhan,” tambahnya.

Presiden dan CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann

Model Urus kini masih kekal sebagai jualan paling laris Lamborghini, dimana mereka berjaya menjual SUV tersebut sebanyak 1,382 unit, dan diikuti oleh model Huracan sebanyak 753 unit.

Model Aventador pula kurang diminati, dimana mereka hanya berjaya menjual sebayak 287 unit model tersebut.

Menurut pihak Lamborghini, mereka melihat momentum yang positif pada awal tahun ini di Amerika Syarikat, China dan Jerman.

urus paling laris

Pada tahun 2020, Lamborghini berjaya menjual sebanyak 7,430 unit kenderaan di seluruh dunia, yang merupakan penurunan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun 2019. Hal ini disebabkan oleh penutupan kilang pengeluaran selama 70 hari berikutan pandemik Covid-19.

Namun dalam tempoh itu, Lamborghini Urus kekal menjadi SUV terlaris, dengan 4,391 unit terjual diikuti oleh Huracan iaitu 2,193 unit dan Aventador sebanyak 846 unit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here