F1 umum anugerah baharu pelumba paling banyak memotong

1395

Formula Satu (F1) merupakan perlumbaan jentera automotif peringkat antarabangsa yang dikelolakan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Sejak diperkenalkan pada 1950, pelbagai pelumba dari seluruh dunia menempa nama sebagai pemenang setiap siri perlumbaan Grand Prix yang dipertandingkan.



Terbaharu Formula One mengumumkan anugerah penghargaan baharu yang ditaja rakan penaja F1, Crypto.com untuk pelumba yang melakukan paling banyak aksi memotong sepanjang musim 2021. 

Anugerah khas yang pertama kali diperkenalkan itu bagi meraikan pelumba yang bertindak berani mencabar pemandu lain ketika memburu kejayaan dan akan diberikan pada penghujung musim ini.

Setakat ini pelumba Aston Martin, Sebastian Vettel paling banyak melakukan aksi berani itu selepas tamat 11 perlumbaan awal musim ini.

“Anugerah itu juga sebagai pengiktirafan terhadap keberanian pelumba dalam merangka strategi kemenangan dan kualiti seperti ini diperlukan ketika kami berurusan dengan matawang kripto. 

“Musim ini kita menyaksikan banyak aksi memotong yang hebat oleh pelumba dan saya tak sabar untuk mengetahui juaranya,” kata Ketua Eksekutif Pemasaran Cypto.com, Steve Kalifowitz.

Pengarah komersil F1, Ben Pincus berkata pihaknya gembira dapat meluaskan kerjasama dengan Crypto.com apabila memperkenalkan anugerah itu selepas kategori pecut F1.

Selain itu anugerah terbaharu itu merupakan perubahan terkini bagi menambahkan lagi debaran di atas litar F1, selepas anugerah petak pertama Pirelli, pusingan terpantas DHL, pit stop terpantas dan pemandu terbaik perlumbaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here